Assalamualaikum..
Mesti Ada Yang Baru Nak Ambil Lesen Memandu Kan..
Disini Saya Sertakan Apa Yang Saya Perlu Buat Dan Apakah Proses² Yang Berlaku Ketika Mengambil Lesen Memandu Kelas D (Manual)..
Mula² Saya Pergi Ke Institut Memandu Yang Paling Dekat Dengan Rumah Saya Iaitu Di Institut Memandu Semangat Intrajaya, Krubong, Melaka..
Di Situ Pada Permulaannya Saya Mahu Mendaftar Di Pejabat..
Tapi Ada Seorang Cikgu Menawarkan Diri Untuk Daftar Sahaja Dengan Dia..
Awal² Saya Dah Beritahu Yang Saya Mahu Ambil Dengan Perempuan Dan Cikgu Tersebut Kata Ya Ambil Dengan Perempuan Pun Boleh..
Dan Memandangkan Saya Beranggapan Saya Akan Belajar Dengan Perempuan, Makanya Saya Daftar Dengan Cikgu Tersebut..
Isi Borang, Beri Fotostat Kad Pengenalan Dan Wang RM300..
Kemudian Cikgu Tersebut Kata Dia Akan Set Masa Untuk Dengar Ceramah KPP 01 (Undang²)..
Alhamdulillah Rezeki Saya, Esoknya Saya Dapat Ke Ceramah Tersebut Memandangkan Masih Ada Kosong 1 Lagi..
Ceramah Selama 6 Jam Dan Dibahagikan Kepada 2 Sesi, Sesi Pagi Dan Sesi Tengah Hari..
Datang Dengar Ceramah Dengan Memakai Kasut Dan Berpakaian Sopan..
Masa Datang, Cikgu Akan Bagi Kita Borang Yang Dah Diisi Dan Kita Kena Letak Sekali Dengan Kad Pengenalan (Ori) Serta Wang RM13 Untuk Buku Kurikulum Pendidikan Pemandu (Wajib Beli Sebab Kat Bahagian Kulit Belakang Buku, Ada No. Code Yang Berlainan Bagi Setiap Buku)..
Kemudian Kita Akan Thumbprint Menandakan Kehadiran Kita Untuk Dengar Ceramah..
Selepas Dapat Buku, Isi Nama, No. Ic, Masa,Tarikh Dan Tandatangan Di Buku Rekod..
Kemudian, Masuk Ke Bilik Ceramah Untuk Dengar Ceramah Untuk Sesi Pagi Dan Sesi Tengah Hari..
Pada Petangnya, Kita Akan Tandatangan Di Buku Rekod Menandakan Kita Dah Selesai Menghadiri Ceramah Kursus KPP01..
Kemudian Ambil Semula Ic Kita Dan Pergi Ke Kaunter Untuk Thumprint Lagi Sekali..
Selepas 3 Hari Dah Boleh Set Untuk Ujian Undang² Berkomputer..
Mula² Masa Sampai Di Institut, Buka Kasut..
Kemudian Isi Nama Dan Tandatangan, Bagi RM10, Ambil Gambar Untuk Masuk Dalam Sistem Dan Pergi Ke Table Sebelah Untuk Isi Nama, No. Ic, Masa, Tarikh Dan Masuk Ke Bilik Komputer Untuk Mulakan Ujian..
Isi No. Kad Pengenalan Dan Yang Berkaitan Dan Set Sebagai Orang Awam Dan Mula..
Mula² Kena Jawab Ujian Untuk Rabun Warna..
Kalau Tak Lepas, Ada Satu Lagi Peluang (Rasanya)..
Kalau Still Tak Lepas, Tak Boleh Jawab Ujian Melainkan Ada Surat Dari Doktor Bertauliah..
Then Baru Lah Mula Ujian Komputer..
Ada 50 Soalan, Kena Jawab Dalam Masa
45 Minit Dan Markah Untuk Lulus Adalah 42/50..
Setiap Soalan Ada 3 Jawapan Dan Hanya Satu Jawapan Yang Betul..
Alhamdulillah Saya Dapat Markah 48/50 Sekali Ambil..
Pada Yang Gagal Masih Boleh Ambil Lagi Cuma Kena Bayar Lagi RM30+..
Kalau 3 Kali Ambil Gagal, Boleh Ambil Ujian Bertulis (Jawab Soalan Dalam Kertas)
Kalau Gagal Lagi Boleh Ambil Ujian Lisan (Akan Ada Orang Bacakan Soalan Dan Calon Jawab Ya Atau Tidak- Kes Ini Untuk Orang Yang Buta Huruf/Warga Emas Yang Tak Pernah Ambil Lesen/Tidak Belajar)..
Kemudian, Ambil Slip Keputusan (Gagal Pun Ambil Juga Slip Tu), Dan Beri Pada Cikgu Memandu Tersebut..
Kalau Lulus, Beri Slip Keputusan Beserta Gambar Berukuran Passport Background Putih (Dulu Background Biru Tapi Sekarang Background Putih) Untuk Tujuan Buat Lesen L..
Kalau Gagal, Set Lagi Untuk Ambil Test Komputer..
Seminggu Macam Tu Dah Boleh Ke Kursus Seterusnya Iaitu Amali Selama 6 Jam Pula..
Sampai Sini Sahaja..
In Shaa Allah Nanti Saya Cerita Lagi Dalam Post Seterusnya..