Saturday, 4 November 2017

Akhirnya Dapat Lesen P Pada 4.11.2017 (Sabtu)

Assalamualaikum..
Dalam Pukul 8 Pagi Macam Itu Saya Telah Pergi Ke Institut Memandu Untuk Mengambil Lesen P Yang Telah Siap..
Alhamdulillah Lesen P Saya, Cikgu Saya Yang Tolong Buatkan..
Saya Membayar RM60 Kepada Cikgu Tersebut Dan Akhirnya Saya Telah Berjaya Mendapat Lesen P Setelah Bertungkus Lumus Menghadapi Ujian JPJ Yang Pastinya Mendebarkan..
Saya Tak Sempat Untuk Berborak Panjang Dengan Cikgu Saya Sebab Kelihatannya Dia Agak Sibuk..
Saya Hanya Sempat Mengucapkan Terima Kasih Sahaja..

Terima Kasih Pada Cikgu Saya Dan Isterinya Yang Telah Banyak Mengajar Dan Memberi Nasihat Kepada Saya..
Juga Berbanyak Terima Kasih Pada Semua Cikgu Yang Saya Tak Tahu Nama Tapi Telah Banyak Memberi Tunjuk Ajar Pada Saya Sepanjang Saya Belajar Memandu Di Situ.
Terima Kasih Juga Pada Penguji JPJ Yang Juga Banyak Memberi Panduan Dan Nasihat Kepada Saya..

JASAMU DIKENANG..

Sekian Tamatlah Sudah Kisah Pengembaraan Dan Pengalaman Saya Dalam Mengambil Lesen Memandu Kereta Kelas D (Manual) Di Institut Memandu Semangat Intrajaya (SIJ) Di Krubong, Melaka..
Pada Yang Gagal, Jangan Putus Asa..
Kalau Saya Yang Memang Penakut Dan Cepat Gelabah Pun Mampu Melakukan, Apatah Lagi Anda Kan..
Semoga Maju Jaya Dalam Apa Jua Yang Kita Lakukan..

Terima Kasih..

Wednesday, 1 November 2017

Tambah Kelas Memandu Pada 29.10.2017 (Ahad)

Assalamualaikum.
Pada Hari Ahad Tersebut Saya Telah Pergi Ke Institut Memandu Untuk Tambahan Kelas Sejam Untuk Bahagian Litar.
Ini Adalah Tambahan Kelas Memandu Kali Ketiga Sebab Setiap Kali Gagal Saya Pasti Akan Tambah Sejam.
Memang Tak Perlu Pun Tambah Kelas, Tapi Saya Tambah Kelas Untuk Mengurangkan Nervous.
Saya Belajar Dengan Isteri Cikgu Saya.
Untuk Sejam Adalah RM35.

Saya Sampai Dalam Pukul 10.49 Pagi.
Memandangkan Masih Ada Pelajar Sedang Menggunakan Kereta, Saya Diminta Menunggu Sebentar.
Dalam Pukul 10.55 Rasanya Baru Saya Belajar Di Bahagian Litar.
Dalam Pukul 12 Tengah Hari Macam Itu Baru Lah Selesai.
Saya Bawa Bahagian Bukit Ok Langsung Tak Ada Mati Enjin Atau Melurut Masa Nak Turun Bukit.
Cuma Tu Lah Masa Latihan Ok Tapi Masa Ujian Nervous.

Itu Lah Sahaja Tambahan Kelas Memandu Untuk Bahagian Litar Untuk Sejam.

Lulus Ujian JPJ Untuk Bahagian Litar Kali Keempat Pada 31.10.2017 (Selasa)

Assalamualaikum.
Pada Kali Keempat Saya Menduduki Ujian JPJ Untuk Bahagian Kedua Iaitu Bahagian Litar, Akhirnya Saya Lulus Juga.
Alhamdulillah, Saya Sangat Lega Setelah Lulus.

Saya Sampai Ke Institut Memandu Tersebut Pada Pukul 7.30 Pagi.
Saya Membayar RM80 Sebab Saya Gagal 1 Bahagian Sahaja.
Saya Dan Seorang Akak Yang Sama Cikgu Dengan Saya Melihat Nombor Giliran.
Saya Mendapat Nombor Giliran U034 Iaitu 34 Dan Akak Tersebut Mendapat Nombor Giliram U0009 Iaitu 9.
Kalau Ikot Daripada Ujian Pertama JPJ, Saya Mendapat Nombor Giliran 47, 16, 6 Dan Akhir Sekali 34.

Setelah Mendaftar Dengan Kerani Dan Diberi Tag Untuk Ulangan Salah Satu Bahagian Dan Bib Untuk Yang Mengambil Kedua² Bahagian, Kami Disuruh Untuk Menunggu Di Dalam Bilik Kuliah Yang Mempunyai Penghawa Dingin.
Tapi Disebabkan Dah Penuh, Saya Dan Seorang Akak Yang Sama Cikgu Memandu Dengan Saya Memilih Untuk Duduk Di Kerusi Di Luar Yang Sepatutnya Dikhaskan Untuk Calon Yang Akan Ke Jalan Raya.

Kemudian Kami Disuruh Beratur Semula Untuk Menyerahkan Lesen L Untuk Dikepilkan Bersama Dengan Borang Ujian JPJ Kami.
Kami Disuruh Duduk Di Kerusi Hadapan Untuk Menunggu Giliran.
Kami Melihat Calon Lori Mendaki Bukit.
Pada Hari Tersebut Hanya Ada 2 Orang Calon Untuk Lori.
Dalam Pukul 9 Lebih Baru Kami Dipanggil Untuk Melakukan Rutin Pemeriksaan Kenderaan (RPK).
Untuk Calon Ulangan RPK Akan Dilakukan Di Hadapan Tempat Menunggu.
Untuk Calon Ulangan RPK Kami Di Jaga Oleh Seorang Penguji JPJ Perempuan.
Saya Melakukan RPK Untuk Keteta Axia.

Setelah Itu, Kami Menunggu Pula Giliran Untuk Mendaki Bukit.
Seorang Penguji JPJ Perempuan Yang Akan Mengadili Kami Pada Hari Tersebut.
Oleh Kerana Pada Hari Tersebut Calon Agak Ramai, Penguji JPJ Mengutamakan Calon Yang Mengambil Kedua² Bahagian/Calon Baru Untuk Melakukan Dahulu Ujian Mendaki Bukit.
Pada Hari Tersebut, Kereta Yang Digunakan Adalah Dua Kereta Viva.
Ketika Sampai Giliran Saya, Saya Menggunakan Kereta Viva Di Bahagian Yang Paling Dekat Dengan JPJ Iaitu Kiri(Rasanya, Saya Pun Terlupa).
Saya Lepas Cluth Perlahan² Dan Tekan Minyak Untuk Naik Ke Bukit.
Setelah Dah Naik Ke Bukit, Saya Tekan Brek Dan Tarik Handbrek.
Penguji Tersebut Bertanya Pada Saya Adakah Dah Masuk Kedua² Tayar Ke Dalam Garisan Kuning.
Dan Saya Menjawab Rasanya Dah Masuk Kot.
Kemudian Penguji Tersebut Menyuruh Saya Untuk Keluarkan Kepala Untuk Melihat Adakah Dah Masuk.
Setelah Dah Pasti Masuk Dan Tak Ada Apa² Lagi, Penguji JPJ Bertanya Apa Yang Perlu Awak Buat.
Saya Menjawab Angkat Tangan Dan Penguji JPJ Mengangguk Dan Menyuruh Saya Untuk Turun Pula.
Setelah Saya Tekan Minyak Dan RPM Naik Hingga Nombor 3, Saya Lepas Cluth Perlahan² Dan Lepas Handbrek Serta Tekan Sedikit Minyak Dan Alhamdulillah Kereta Meluncur Ke Bawah Tanpa Melurut.
Setelah Untuk Saya Bagi Signal Ke Kanan Dan Parking Semula Kenderaan Ke Tempat Bukit.
Saya Pergi Ke Penguji JPJ Tersebut Untuk Mengambil Borang Dan Saya Bersalam Dengan Penguji JPJ Tersebut Sebagai Tanda Hormat Dan Mengucapkan Terima Kasih.

Kemudian, Saya Pergi Ke Bahagian Parking Dan Menyerahkan Borang Tersebut Untuk Diuji Untuk Parking Sisi, Parking 3 Penjuru, Selekoh S Dan Selekoh Z Pula.
Kami Akan Diuji Oleh 2 Orang Penguji JPJ Lelaki.
Setelah Nombor Saya Dipanggil Saya Pergi Ke Kereta Axia Plat M Ape Saya Lupa Tapi Nombor Plat 4873 (Rasanya, Saya Terlupa).
Masa Tu Keadaan Dah Mula Hujan Gerimis.
Saya Start Enjin Tapi Rupanya Enjin Dah Dalam Keadaan Hidup.
Saya Mula² Agak Nervous Dan Saya Masuk Gear 1, Tapi Kemudian Saya Teringat Kembali Dan Saya Masuk Gear Undur.
Mula² Undur Hingga Bahu Selari Dengan Tengah² Divider Kedua Berwarna Hitam (Cikgu Saya Ajar Berhenti Di Garisan Tengah² Antara 2 Divider Warna Putih Dan Hitam, Namun Isterinya Ajar Yang Macam Saya Buat Tu).
Kemudian, Pusing Stereng Ke Kiri Habis Dan Undur Lagi Hingga Nampak 4 Garisan Putus² (Betulkan Cermin Sisi Kalau Tak Boleh Nampak Dengan Jelas).
Setelah Itu, Pusing Ke Kanan 2 Kali Untuk Luruskan Tayar Dan Undur Sampai Tayar Berada Di Atas Garisan Putus² Tersebut.
Pusing Stereng Ke Kanan Habis, Keluar Kepala Untuk Tengok Tayar Dan Undur Hingga Tayar Masuk Ke Dalam Petak Parking.
Pusing Stereng Ke Kiri 2 Kali Untuk Luruskan Tayar (Boleh Keluarkan Kepala Untuk Tengok Tayar Dah Lurus Atau Belum/Tengok Di Cermin Sisi), Angkat Tangan Dan Hon Serta Tunggu Arahan Selanjutnya Dari Penguji JPJ.
Kemudian, Pusing Stereng Ke Kanan Habis, Masuk Gear 1 Dan Keluar Hingga Separuh Badan Kereta Keluar Dari Petak Parking (Pastikan Tayar Bahagian Belakang Dah Keluar Sikit Dari Garis Putus2).
Pusing Stereng Ke Kiri 2 Kali Dan Keluar Terus Dari Petak Parking (Sambil² Tu Pusing Kiri Lagi Untuk Betul² Keluar).
Balas Ke Kanan Dan Berhenti Sebelum Garisan Putih Serta Luruskan Tayar.
Kemudian Pergi Ke Parking 3 Penjuru, Selekoh S Dan Selekoh Z.

Akhirnya Saya Kembali Semula Ke Petak Parking Dengan Selamat.
Alhamdulillah Saya Lulus.
Saat Itu Memang Dinantikan Oleh Semua Calon.
Kemudian Saya Bawa Borang Tersebut Kepada Kerani Dan Tandatangan, Tulis Nama Dan Nombor Kad Pengenalan Di Borang Itu Di Dua Helai Kertas Menandakan Saya Dah Lulus.

Saya Ingin Meminta Borang Untuk Membuat Lesen P Namun Kerani Itu Mengatakan Tak Apa Nanti Cikgu Awak Akan Uruskan.
Saya Bersalam Dengan Kerani Perempuan Itu Dan Pergi Ke Cikgu Saya.
Kemudian Cikgu Saya Menghantar Saya Pulang
Dalam Pukul 12.40 Tengah Hari.
Cikgu Mengatakan Lepas Dah Siap Lesen P Nanti Dia Akan Beritahu Dan Bayar RM60.
Alhamdulillah Selesai Sudah Bab Ujian JPJ.