Assalamualaikum.
Hari Ini Saya Mengulangi Ujian JPJ.
Saya Mendapat Nombor Giliran 16.
Selepas Melakukan RPK, Saya Menunggu Untuk Ujian Dalam Litar.
Untuk Mendaki Dan Menurun Bukit, Seorang Penguji JPJ Perempuan Yang Akan Mengadili Kami.
Manakala Untuk Parking Sisi, Parking 3 Penjuru, Selekoh S Dan Selekoh Z, Kami Akan Diadili Oleh Seorang Penguji JPJ Lelaki Dan Seorang Penguji JPJ Perempuan.
Ketika Mendaki Bukit, Alhamdulillah Kedua Dua Tayar Kereta Berjaya Naik Ke Garisan Kuning.
Malangnya Ketika Saya Hendak Menuruni Bukit, Saya Hanya Menekan Minyak Tapi Saya Lupa Untuk Melepaskan Cekam (Cluth) Secara Perlahan Lahan Dan Saya Terus Melepaskan Brek Tangan.
Akibatnya Kereta Melurut Dan Secara Automatiknya Saya Gagal Ujian Di Dalam Litar.
Ketika Ujian Jalan Raya, Saya Diuji Oleh Penguji JPJ Lelaki.
Saya Melakukan RSM Dan Penguji JPJ Tersebut Menyuruh Saya Untuk Ke Laluan C Iaitu Laluan Roundabout.
Saya Bawa Sampai Ke Institut Memandu.
Kemudian Penguji JPJ Lelaki Tersebut Masuk Ke Dalam Bilik Untuk Bertanyakan Sesuatu.
Dan Saya Menunggu Di Luar Untuk Tahu Keputusan Ujian Jalan Raya Saya.
Saya Ingatkan Saya Lulus Ujian Jalan Raya.
Malangnya, Saya Gagal Juga Untuk Ujian Jalan Raya.
Saya Tak Pasti Apa Kesalahan Saya.
Mungkin Sebab Saya Ada Mati Enjin Di Jalan Raya Rasanya.
Jadi Saya Booking Semula Untuk Ujian JPJ Seterusnya Pada Minggu Hadapan Iaitu Sebanyak RM13.80.
Rasa Sangat Kecewa Tapi Tak Apa Lah.
Redha Saja Lah.
Mudah Mudahan Saya Lulus Lah Untuk Ujian Seterusnya Pada Minggu Hadapan.
Itu Sahaja Lah Kisah Saya Gagal Ujian Dalam Litar Dan Ujian Jalan Raya Buat Kali Kedua.
No comments:
Post a Comment