Tuesday, 10 October 2017

Rutin Sebelum Memandu (RSM) Dan Rutin Selamat (RS/CITO) Untuk Kereta Manual

Assalamualaikum.
Kali Ini Saya Kan Tulis Tentang Rutin Sebelum Memandu(RSM).
RSM Ini Akan Dilakukan Sebelum Menjalani Ujian Di Jalan Raya.
Setiap Apa Yang Kita Lakukan Ada Markah.
Jadi Mari Kita Mulakan.

➡Mula Mula Sekali Senyum Dan Greet Penguji JPJ Kita (Tiada Markah Pun Untuk Ini) Sebagai Menghormati Dan Beradab Nak Masuk Kenderaan (Biasanya Penguji Dah Ada Dalam Kenderaan).
➡Betulkan Tempat Duduk mengikut Keselesaan.
➡Tangan Letak Di Atas Steering Untuk Selarikan Tangan (Nadi) Agar Selesa.
➡Pastikan Brek Tangan Telah Ditarik.
➡Pastikan Gear Dalam Keadaan Neutral (Bebas).
➡Betulkan Cermin Sisi Kanan, Cermin Belakang Dan Cermin Sisi Kiri (Kalau Tak Sampai Boleh Minta Penguji Tolong Adjustkan).
➡Pakai Tali Pinggang Keledar (Sentak Dua Kali Dahulu Baru Pakai-Ada Markah Untuk Ini).
➡Putar Kunci Hanya Untuk Hidupkan Suis  Kenderaan Sahaja.
➡Sebut Satu Persatu Di Dashboard Kenderaan: Tolok Bahan Bakar, Tolok Suhu Enjin, Lampu Amaran Brek Tangan, Lampu Amaran Tekanan Minyak Enjin, Lampu Amaran Bateri.
➡Tekan Cluth Habis Dan Hidupkan Enjin Kereta.
➡Pastikan Lampu Isyarat Kanan Dan Kiri Berfungsi, Lampu Tinggi Dan Rendah Berfungsi, Pemancut Air Berfungsi, Wiper Berfungsi, Lampu Hazard Berfungsi, Takometer (Tekan Minyak Sedikit) Berfungsi Dan Hon Juga Berfungsi Dengan Baik.
➡Biasanya Selepas Itu Penguji Akan Beritahu Untuk Jalan Di Laluan Yang Penguji Mahu.
➡Sebelum Kenderaan Mula Bergerak Pastikan Buat CITO Iaitu Tengok Cermin Sisi Kiri Dan Kanan Serta Cermin Belakang, Bagi Isyarat Yang Betul, Toleh Dan Tengok Titik Buta (Blindspot), Dan Beri Olahgerak Yang Betul.

Itu Sahaja Untuk Rutin Sebelum Memandu (RSM) Dan Rutin Selamat (RS/CITO).

No comments:

Post a Comment