Monday, 16 October 2017

Rutin Pemeriksaan Kenderaan (RPK) Dan Rutin Sebelum Memandu (RSM)

RUTIN PEMERIKSAAN KENDERAAN (RPK)

Assalamualaikum.
Mengikut Format JPJ Terbaharu, Setiap Calon Perlu Melaksanakan Rutin Pemeriksaan Kenderaan (RPK) Sebelum Melakukan Ujian Di Dalam Litar Dan Rutin Sebelum Memandu (RSM) Sebelum Melakukan Ujian Di Jalan Raya.
Untuk RPK, Setiap Calon Perlu Memeriksa Bahagian Hadapan Kenderaan (Kereta), Bahagian Sisi Kanan Di Hadapan Dan Belakang Kenderaan, Bahagian Belakang Kenderaan, Bahagian Sisi Kiri Kanan Di Hadapan Dan Belakang Kenderaan Serta Bahagian Enjin Di Bahagian Hadapan Kenderaan.
Jadi Untuk Tidak Membuang Waktu Mari Kita Mulakan.

Bahagian Hadapan Kenderaan:

➡Bongkok Dan Lihat Bahagian Bawah Kenderaan: Tiada Sebarang Kebocoran Dan Halangan.
➡Cermin Hadapan: Tidak Pecah, Tidak Retak.
➡Cukai Jalan Untuk Kenderaan No. Plat Luput: Masih Aktif/Berkuatkuasa.
➡Bonet Hadapan: Dalam Keadaan Baik, Tidak Kemik.
➡Wiper: Getah Dalam Keadaan Baik, Masih Lembut, Boleh Digunakan.
➡No. Plat: Cukup Bilangan Dan Plat Tidak Patah.
➡Lampu Hadapan: Tidak Pecah, Tidak Retak.
➡Lampu Isyarat (Signal) Kiri Kanan Di Hadapan: Tidak Pecah, Tidak Retak.
➡Bumper Hadapan: Tidak Kemik.

Bahagian Sisi Kanan Hadapan Kenderaan:

➡Tayar: Bunga Tayar Masih Tebal (Ada), Angin Mencukupi, Penutup Tayar Masih Ada.
➡Cermin Sisi: Dalam Keadaan Baik, Tidak Pecah, Tidak Retak.
➡Lampu Isyarat Sisi: Dalam Keadaan Baik, Tidak Pecah, Tidak Retak.
➡Cermin: Dalam Keadaan Baik, Tidak Pecah, Tidak Retak.
➡Pintu Kenderaan: Dalam Keadaan Baik, Tidak Kemik.
➡Buka Pintu Dan Perhatikan Getah Di Pintu: Dalam Keadaan Baik Dan Tutup Pintu Semula.

Bahagian Sisi Kanan Belakang Kenderaan:

➡Tayar: Bunga Tayar Masih Tebal (Ada), Angin Mencukupi, Penutup Tayar Masih Ada.
➡Cermin: Dalam Keadaan Baik, Tidak Pecah, Tidak Retak.
➡Pintu Kenderaan: Dalam Keadaan Baik, Tidak Kemik.
➡Buka Pintu Dan Perhatikan Getah Di Pintu: Dalam Keadaan Baik Dan Tutup Pintu Semula.

Bahagian Bonet Belakang Kenderaan:

➡Cermin Belakang: Dalam Keadaan Baik, Tidak Pecah, Tidak Retak.
➡Bonet Belakang: Dalam Keadaan Baik, Tidak Kemik.
➡Lampu Brek Ketiga: Dalam Keadaan Baik, Tidak Pecah, Tidak Retak.
➡Lampu Belakang: Dalam Keadaan Baik, Tidak Pecah, Tidak Retak.
➡Wiper: Getah Dalam Keadaan Baik, Masih Lembut, Boleh Digunakan.
➡Lampu Isyarat (Signal) Kiri Kanan Di Belakang: Tidak Pecah, Tidak Retak.
➡Bumper: Dalam Keadaan Baik, Tidak Kemik.
➡No. Plat: Cukup Bilangan Dan Plat Tidak Patah.
➡Buka Bonet Belakang Dan Lihat Dalam But: Segi Tiga Amaran, Jet, Pemutar Skru Dan Lihat Tayar Simpanan: Bunga Tayar Masih Tebal (Ada), Angin Mencukupi, Penutup Tayar Masih Ada.

Bahagian Sisi Kiri Belakang Kenderaan:

➡Tayar: Bunga Tayar Masih Tebal (Ada), Angin Mencukupi, Penutup Tayar Masih Ada.
➡Cermin: Dalam Keadaan Baik, Tidak Pecah, Tidak Retak.
➡Pintu Kenderaan: Dalam Keadaan Baik, Tidak Kemik.
➡Buka Pintu Dan Perhatikan Getah Di Pintu: Dalam Keadaan Baik Dan Tutup Pintu Semula.

Bahagian Sisi Kiri Hadapan Kenderaan:

➡Tayar: Bunga Tayar Masih Tebal (Ada), Angin Mencukupi, Penutup Tayar Masih Ada.
➡Cermin Sisi: Dalam Keadaan Baik, Tidak Pecah, Tidak Retak.
➡Lampu Isyarat Sisi: Dalam Keadaan Baik, Tidak Pecah, Tidak Retak.
➡Cermin: Dalam Keadaan Baik, Tidak Pecah, Tidak Retak.
➡Pintu Kenderaan: Dalam Keadaan Baik, Tidak Kemik.
➡Buka Pintu Dan Perhatikan Getah Di Pintu: Dalam Keadaan Baik Dan Tutup Pintu Semula.

Bahagian Enjin Di Bonet Hadapan Kenderaan (Sebut Dari Bahagian Kanan Ke Kiri):

➡Bateri Sel Basah: Air Mencukupi.
➡Air Wiper: Air Mencukupi.
➡Tangki Simpanan Radiator: Air Mencukupi.
➡Tangki Radiator: Buka Penutup, Air Mencukupi, Penutup Dalam Keadaan Baik.
➡Hos: Dalam Keadaan Baik, Tidak Bocor.
➡Minyak Enjin, Tarik Keluar Dipstick, Lap, Masuk Semula Dan Tarik Keluar: Minyak Mencukupi.
➡Cecair (Minyak) Brek: Cecair (Minyak) Mencukupi.
➡Tali Sawat: Dalam Keadaan Baik, Tegang, Tidak Kendur.

Itu Sahaja Untuk Rutin Pemeriksaan Kenderaan (RPK).

RUTIN SEBELUM MEMANDU (RSM)

Rutin Sebelum Memandu (RSM) Ini Akan Dilakukan Sebelum Menjalani Ujian Di Jalan Raya.
Setiap Apa Yang Kita Lakukan Ada Markah.
Jadi Mari Kita Mulakan.

➡Mula Mula Sekali Senyum Dan Greet Penguji JPJ Kita Sebagai Menghormati Dan Beradab Nak Masuk Kenderaan (Biasanya Penguji Dah Ada Dalam Kenderaan).
➡Betulkan Tempat Duduk mengikut Keselesaan.
➡Tangan Letak Di Atas Steering Untuk Selarikan Tangan (Nadi) Agar Selesa.
➡Pastikan Brek Tangan Telah Ditarik.
➡Pastikan Gear Dalam Keadaan Neutral (Bebas).
➡Betulkan Cermin Sisi Kanan, Cermin Belakang Dan Cermin Sisi Kiri (Kalau Tak Sampai Boleh Minta Penguji Tolong Adjustkan).
➡Pakai Tali Pinggang Keledar (Sentak Dua Kali Dahulu Baru Pakai-Ada Markah Untuk Ini).
➡Putar Kunci Hanya Untuk Hidupkan Suis  Kenderaan Sahaja.
➡Sebut Satu Persatu Di Dashboard Kenderaan: Tolok Bahan Bakar, Tolok Suhu Enjin, Lampu Amaran Brek Tangan, Lampu Amaran Tekanan Minyak Enjin, Lampu Amaran Bateri.
➡Tekan Cluth Habis Dan Hidupkan Enjin Kereta.
➡Pastikan Lampu Isyarat Kanan Dan Kiri Berfungsi, Lampu Tinggi Dan Rendah Berfungsi, Pemancut Air Berfungsi, Wiper Berfungsi, Lampu Hazard Berfungsi, Takometer (Tekan Minyak Sedikit) Berfungsi Dan Hon Juga Berfungsi Dengan Baik.
➡Biasanya Selepas Itu Penguji Akan Beritahu Untuk Jalan Di Laluan Yang Penguji Mahu.
➡Sebelum Kenderaan Mula Bergerak Pastikan Buat CITO Iaitu Tengok Cermin Sisi Kiri Dan Kanan Serta Cermin Belakang, Bagi Isyarat Yang Betul, Toleh Dan Tengok Titik Buta (Blindspot), Dan Beri Olahgerak Yang Betul.

Itu Sahaja Untuk Rutin Sebelum Memandu (RSM) Dan Rutin Selamat (RS/CITO).

19 comments:

  1. Terima kasih atas maklumat2 berguna ni saye test 9/4/19 ni doakan saye....

    ReplyDelete
  2. Thanks for information, doakan saya 0Rabu,sy test JPJ doakan ya thank you for all.

    ReplyDelete
  3. ILMU YG SNGT BERMANFAAT. TQ =)

    ReplyDelete
  4. thank you for the tips.... really helped. Doakan saya lulus dengan markah yg cemerlang.... THANK YOU!😘☺️

    ReplyDelete
  5. Terima kasih....doakan Saya berjaya Hari ini 30/9/19

    ReplyDelete
  6. Terima kasih.. nota sangat lengkap dan jelas. Tapi saya ingin tahu nama pelekat pada cermin hadapan,pelekat itu hanya ada pada kenderaan berdafta untuk mngajar memandu sahaja

    ReplyDelete
  7. Terima kasih atas perkongsian.. sangat membantu.. doakan saya untuk esok.

    ReplyDelete
  8. Thank you for your information..sgt membantu��������

    ReplyDelete
  9. Sgt mmbantu����

    ReplyDelete
  10. Terima kasih ats informations niee...sngt2 mmbntu

    ReplyDelete
  11. Tq untuk ilmu ni doakan saya exam kelayakan hari ni 17/1/2021

    ReplyDelete
  12. Terima kasih info�� doakan saya jpj test hrini, 23/2/2021��

    ReplyDelete
  13. Saya takut nnti nak test 17/3 ni thank you sangat2

    ReplyDelete
  14. Thanks and that i have a nifty present: What Renos Add Value split level kitchen remodel

    ReplyDelete