Monday, 16 October 2017

Tambahan Belajar Memandu Sejam Pada 15.10.2017 (Ahad)

Assalamualaikum.
Pada Hari Ahad Lepas Saya Telah Pergi Ke Institut Memandu Untuk Tambahan Masa Sejam Untuk Belajar Memandu Memandangkan Saya Telah Gagal Ujian JPJ Pada Hari Selasa Yang Lepas.
Tambahan Masa Untuk Sejam Adalah RM35.
Saya Telah Pergi Ke Sana Pada Pukul 10.20 Pagi.

Dan Isteri Kepada Cikgu Memandu Saya Telah Mengajar Saya.
Pada Mulanya Akak Tersebut Menyuruh Saya Untuk Pergi Ke Jalan Raya Dahulu.
Saya Disuruh Untuk Pergi Ke Laluan C Iaitu Laluan Roundabout.
Akak Tersebut Banyak Memberi Nasihat Pada Saya.
Bagi Saya Cara Akak Tersebut Mengajar Sangat Lembut👍.

Kemudian, Saya Berlatih Di Litar Untuk Mendaki Dan Menurun Bukit, Parking Sisi, Parking 3 Penjuru, Selekoh S Dan Selekoh Z.

Alhamdulillah Tamat Sudah Pelajaran Untuk Sejam.

Saya Sangat Nervous Untuk Menghadapi Ujian JPJ Pada Hari Esok.
Harap Harap Semuanya Baik Baik Saja Untuk Hari Esok.
Aamiin.

No comments:

Post a Comment