Assalamualaikum.
Pada 30 September 2017 Iaitu Pada Hari Sabtu, Saya Telah Pergi Ke Institut Memandu Untuk Menghadiri Ujian QTI Iaitu Pra Test.
Ketika Menjalani Ujian QTI Ini, Calon Akan Diuji Oleh Cikgu Memandu Di Institut Tersebut.
Cikgu Di Situ Mempunyai Sijil Yang Membolehkan Mereka Untuk Menguji Calon Ketika Pra Test.
Mengikut Format JPJ, Masa Maksimum Untuk Calon Melakukan Ujian Dalam Litar Dan Ujian Jalan Raya Adalah Hanya Selama 30 Minit Sahaja.
Selepas Sampai Di Institut Memandu Tersebut, Saya Telah Mendaftar Dan Perlu Memberi Kad Pengenalan Dan Thumbprint Serta Perlu Mengisi Borang (Isi Nama, Tarikh, Tandatangan Dan Nombor Kad Pengenalan Serta Tick Di Certain Kotak Di Borang Tersebut).
Kemudian Saya Diberi Baju (Bib Berwarna Jingga Kalau Tak Silap Dan Bernombor 156 Rasanya).
Cikgu Tersebut Menyuruh Saya Untuk Melakukan Ujian Di Dalam Litar Dahulu.
Alhamdulillah Saya Berjaya Menyelesaikan Ujian Dalam Litar Iaitu Mendaki/Menurun Bukit, Parking Sisi, Tiga Penjuru, Selekoh S Dan Selekoh Z.
Kemudian Saya Disuruh Untuk Melakukan Ujian Di Jalan Raya Pula.
Cikgu Tersebut Menyuruh Saya Untuk Ke Laluan C Iaitu Laluan Roundabout.
Memang Agak Lemah Terutama Kawalan Steering Saya.
Selalu Makan Jalan Orang (Terlebih Dari Laluan Jalan Putus Putus).
Tapi Alhamdulillah Berjaya Sampai Semula Ke Institut Memandu.
Cikgu Saya Akan Booking Untuk Ujian JPJ.
Dan Saya Diberi Tarikh 10.10.2017 Sebagai Tarikh Ujian JPJ Saya.
No comments:
Post a Comment