Monday, 23 October 2017

Lulus Ujian JPJ Untuk Jalan Raya Kali Ketiga Dan Gagal Ujian Dalam Litar Pada 24.10.2017 (Selasa)

Assalamualaikum.
Alhamdulillah Setelah Menduduki Ujian JPJ Untuk Bahagian 3 Iaitu Jalan Raya Pada Kali Ketiga, Saya Akhirnya Lulus.
Setelah Berkali Kali Gagal Akhirnya Lulus Juga Untuk Bahagian Jalan Raya.
Namun Untuk Bahagian 2 Iaitu Ujian Dalam Litar Saya Gagal Untuk Kali Ketiga.
Sedihnya, Namun Alhamdulillah Sekurang Kurangnya Saya Dah Lepas Bahagian Jalan Raya.

Saya Mendapat Angka Giliran Bernombor 6.
Memang Agak Gelabah Namun Saya Usaha Untuk Mencuba Melakukan Yang Terbaik.

Untuk Ujian Di Dalam Litar Mula Mula Buat Rutin Pemeriksaan Kenderaan (RPK) Dahulu.
Boleh Baca Post Saya Yang Terdahulu Tentang Rutin Pemeriksaan Kenderaan (RPK) Dan Rutin Sebelum Memandu (RSM).

Selepas Itu Tunggu Untuk Ujian Mendaki Dan Menurun Bukit.
Ketika Sampai Giliran Saya, Saya Menggunakan Kereta Axia.
Untuk Ujian Bukit, Ada 2 Orang Penguji JPJ Lelaki Dan Seorang Penguji JPJ Perempuan.
Mula Mula Saya Start Enjin Seperti Biasa.
Kemudian Ketika Saya Cuba Untuk Naik Ke Atas, Enjin Berkali Kali Mati.
Saya Cuba Berkali Kali Untuk Hidupkan Enjin Kereta Tersebut.
Ketika Percubaan Kali Kedua Akhirnya Saya Tekan Minyak Dengan Agak Kuat Dan Kereta Naik Ke Atas.
Tapi Malangnya Saya Berhenti Terlalu Cepat Dan Tayar Kereta Saya Tak Masuk Ke Garisan Kuning.
Jadi Saya Telah Gagal Ujian Bahagian 2 Iaitu Ujian Dalam Litar Secara Automatiknya.
Penguji JPJ Telah Memberi Nasihat Yang Berguna Untuk Saya Praktikkan Ketika Saya Ulang Semula Ujian Dalam Litar Nanti.

Kemudian Saya Tunggu Untuk Ujian Jalan Raya Pula.
Ketika Nama Saya Dipanggil Saya Telah Menuju Ke Kereta Yang Saya Akan Diuji Di Jalan Raya Nanti Iaitu Kereta Axia.
Saya Dijaga Oleh Penguji JPJ Lelaki.
Mula Mula Buat Rutin Sebelum Memandu (RSM) Seperti Biasa.
Kemudian, Saya Disuruh Untuk Ke Laluan C Iaitu Laluan Roundabout.
Memang Agak Gelabah Juga Sebab Saya Dah Gagal Dua Kali Kan.
Namun Alhamdulillah Penguji JPJ Yang Menguji Saya Seorang Yang Baik Dan Peramah.
Saya Bawa Kereta Pun Agak Tenang Sebab Penguji JPJ Tersebut Berborak Dan Memberi Nasihat Nasihat.
Alhamdulillah, Saya Lulus Untuk Ujian Jalan Raya.
Terima Kasih Lah Kepada Penguji JPJ Tersebut.
Moga Sentiasa Dimurahkan Rezeki.
Aamiin.
Alhamdulillah, Saya Sangat Bersyukur Kerana Telah Lulus Ujian Jalan Raya.

Itu Lah Kisah Saya Lulus Ujian JPJ Jalan Raya.

No comments:

Post a Comment