Assalamualaikum.
Mengikut Format JPJ Terbaharu, Setiap Calon Perlu Melaksanakan Rutin Pemeriksaan Kenderaan (RPK) Sebelum Melakukan Ujian Di Dalam Litar.
Setiap Calon Perlu Memeriksa Bahagian Hadapan Kenderaan (Kereta), Bahagian Sisi Kanan Di Hadapan Dan Belakang Kenderaan, Bahagian Belakang Kenderaan, Bahagian Sisi Kiri Kanan Di Hadapan Dan Belakang Kenderaan Serta Bahagian Enjin Di Bahagian Hadapan Kenderaan.
Jadi Untuk Tidak Membuang Waktu Mari Kita Mulakan.
Bahagian Hadapan Kenderaan:
➡Bongkok Dan Lihat Bahagian Bawah Kenderaan: Tiada Sebarang Kebocoran Dan Halangan.
➡Cermin Hadapan: Tidak Pecah, Tidak Retak.
➡Cukai Jalan Untuk Kenderaan No. Plat Luput: Masih Aktif/Berkuatkuasa.
➡Bonet Hadapan: Dalam Keadaan Baik, Tidak Kemik.
➡Wiper: Getah Dalam Keadaan Baik, Masih Lembut, Boleh Digunakan.
➡No. Plat: Cukup Bilangan Dan Plat Tidak Patah.
➡Lampu Hadapan: Tidak Pecah, Tidak Retak.
➡Lampu Isyarat (Signal) Kiri Kanan Di Hadapan: Tidak Pecah, Tidak Retak.
➡Bumper Hadapan: Tidak Kemik.
Bahagian Sisi Kanan Hadapan Kenderaan:
➡Tayar: Bunga Tayar Masih Tebal (Ada), Angin Mencukupi, Penutup Tayar Masih Ada.
➡Cermin Sisi: Dalam Keadaan Baik, Tidak Pecah, Tidak Retak.
➡Lampu Isyarat Sisi: Dalam Keadaan Baik, Tidak Pecah, Tidak Retak.
➡Cermin: Dalam Keadaan Baik, Tidak Pecah, Tidak Retak.
➡Pintu Kenderaan: Dalam Keadaan Baik, Tidak Kemik.
➡Buka Pintu Dan Perhatikan Getah Di Pintu: Dalam Keadaan Baik Dan Tutup Pintu Semula.
Bahagian Sisi Kanan Belakang Kenderaan:
➡Tayar: Bunga Tayar Masih Tebal (Ada), Angin Mencukupi, Penutup Tayar Masih Ada.
➡Cermin: Dalam Keadaan Baik, Tidak Pecah, Tidak Retak.
➡Pintu Kenderaan: Dalam Keadaan Baik, Tidak Kemik.
➡Buka Pintu Dan Perhatikan Getah Di Pintu: Dalam Keadaan Baik Dan Tutup Pintu Semula.
Bahagian Bonet Belakang Kenderaan:
➡Cermin Belakang: Dalam Keadaan Baik, Tidak Pecah, Tidak Retak.
➡Bonet Belakang: Dalam Keadaan Baik, Tidak Kemik.
➡Lampu Brek Ketiga: Dalam Keadaan Baik, Tidak Pecah, Tidak Retak.
➡Lampu Belakang: Dalam Keadaan Baik, Tidak Pecah, Tidak Retak.
➡Wiper: Getah Dalam Keadaan Baik, Masih Lembut, Boleh Digunakan.
➡Lampu Isyarat (Signal) Kiri Kanan Di Belakang: Tidak Pecah, Tidak Retak.
➡Bumper: Dalam Keadaan Baik, Tidak Kemik.
➡No. Plat: Cukup Bilangan Dan Plat Tidak Patah.
➡Buka Bonet Belakang Dan Lihat Dalam But: Segi Tiga Amaran, Jet, Pemutar Skru Dan Lihat Tayar Simpanan: Bunga Tayar Masih Tebal (Ada), Angin Mencukupi, Penutup Tayar Masih Ada.
Bahagian Sisi Kiri Belakang Kenderaan:
➡Tayar: Bunga Tayar Masih Tebal (Ada), Angin Mencukupi, Penutup Tayar Masih Ada.
➡Cermin: Dalam Keadaan Baik, Tidak Pecah, Tidak Retak.
➡Pintu Kenderaan: Dalam Keadaan Baik, Tidak Kemik.
➡Buka Pintu Dan Perhatikan Getah Di Pintu: Dalam Keadaan Baik Dan Tutup Pintu Semula.
Bahagian Sisi Kiri Hadapan Kenderaan:
➡Tayar: Bunga Tayar Masih Tebal (Ada), Angin Mencukupi, Penutup Tayar Masih Ada.
➡Cermin Sisi: Dalam Keadaan Baik, Tidak Pecah, Tidak Retak.
➡Lampu Isyarat Sisi: Dalam Keadaan Baik, Tidak Pecah, Tidak Retak.
➡Cermin: Dalam Keadaan Baik, Tidak Pecah, Tidak Retak.
➡Pintu Kenderaan: Dalam Keadaan Baik, Tidak Kemik.
➡Buka Pintu Dan Perhatikan Getah Di Pintu: Dalam Keadaan Baik Dan Tutup Pintu Semula.
Bahagian Enjin Di Bonet Hadapan Kenderaan (Sebut Dari Bahagian Kanan Ke Kiri):
➡Bateri Sel Basah: Air Mencukupi.
➡Air Wiper: Air Mencukupi.
➡Tangki Simpanan Radiator: Air Mencukupi.
➡Tangki Radiator: Buka Penutup, Air Mencukupi, Penutup Dalam Keadaan Baik.
➡Hos: Dalam Keadaan Baik, Tidak Bocor.
➡Minyak Enjin, Tarik Keluar Dipstick, Lap, Masuk Semula Dan Tarik Keluar: Minyak Mencukupi.
➡Cecair (Minyak) Brek: Cecair (Minyak) Mencukupi.
➡Tali Sawat: Dalam Keadaan Baik, Tegang, Tidak Kendur.
Itu Sahaja Untuk Rutin Pemeriksaan Kenderaan (RPK).
No comments:
Post a Comment