Tuesday, 24 October 2017

Make Up Nampak Tebal Hanya Kerana Warna Gincu?

Assalamualaikum.
Setiap Wanita Pasti Menyukai Mekap Kan.
Walau Hanya Sekadar Memakai Foundation Dan Secalit Gincu Itu Juga Dikira Sebagai Mekap.
Saya Juga Begitu Tidak Suka Menyukai Mekap Yang Tebal Atau Menggunakan Terlalu Banyak Mekap Di Muka.

Rutin Saya Ketika Keluar, Saya Hanya Memakai Bedak Berasaskan Air Iaitu Produk Daripada Happy Skin Lotion, Dan Gincu Iaitu Produk Daripada Kiss Beauty, Matte Lipstick Moisten Berwarna Merah.
Kadang Kadang Jikalau Saya Rajin, Saya Akan Pakai Blush Dan Lukis Kening (Main Lukis Sahaja Janji Nampak Kening Tu Pekat Sikit).

Simple Dan Menggunakan Mekap Yang Sedikit Kan.
Namun Disebabkan Gincu Yang Gunakan Adalah Berwarna Merah, Orang Beranggapan Bahawa Saya Menggunakan Mekap Yang Tebal.

Ada Seorang Kawan Saya, Telah Menegur Saya.
Saya Agak Terasa Juga Namun Apa Yang Boleh Saya Buat Hanyalah Diam Sahaja Sebab Saya Tahu Yang Saya Hanya Memakai Mekap Yang Nipis Sahaja.
Die Menegur Saya Dengan Mengatakan Eh Tebalnya Mekap Pakai.
Merahnya Gincu Tak Rimas Ke Pakai Gincu Merah Merah Ni.
Kita Kalau Nak Mekap Tak Payah Pakai Gincu Merah Merah Nak Cari Perhatian Lelaki.
Seriously? Saya Nak Cari Perhatian Lelaki?

Dulu Ketika Saya Berjumpa Dia Dan Menggunakan Bedak Yang Sama Dan Gincu Pink Tidak Pula Dia Mengatakan Mekap Saya Tebal.

Saya Pakai Mekap Untuk Nampak Kemas.
Ye Lah Semua Orang Kalau Tak Mekap Nampak Agak Kusam Dan Pucat Melainkan Kalau Kita Dah Consume Bermacam Macam Produk Skincare Dan Supplement Baru Lah Muka Nampak Flawless Dan Glowing.
Tapi Saya Tak Pakai Sebarang Produk Skincare Dan Supplement Pun.

Tak Elok Lah Sesiapa Yang Mengatakan Mekap Untuk Cari Perhatian Dan Nak Menggatal Dengan Lelaki.
Saya Nak Berborak Dengan Lelaki Pun Jarang Jarang Kot.
Kalau Nampak Pun Senyum Sahaja.
Tak Adanya Nak Tersengih Sengih, Merapat Rapat Dengan Lelaki.

Bertabahlah Pada Anda Semua Yang Dikatakan Mekap Tebal Hanya Kerana Warna Gincu!

No comments:

Post a Comment