Assalamualaikum..
Pada 10.10.2017 Bersamaan Dengan Hari Selasa, Saya Telah Menghadiri Ujian JPJ Di Institut Semangat Intrajaya Di Krubong, Melaka.
Memang Sangat Merisaukan Sebab Ini Kali Pertama Saya Ambil Ujian JPJ Dan Selama Saya Belajar Pun, Memang Saya Kurang Kemahiran Lagi Lagi Di Jalan Raya.
Pada Lebih Kurang Dalam Pukul 8 Pagi Saya Beratur Untuk Mendaftar Dan Mengambil Nombor Giliran.
Di Situ Saya Diberi Baju (Macam Bib Yang Kecil Berwarna Biru Gelap Dan Bernombor).
Saya Mendapat Nombor Giliran 47.
Kemudian Kami Di Suruh Duduk Di Dalam Bilik Sementara Menunggu Nombor (Angka) Giliran Kami Dipanggil.
Dalam 10 Minit Macam Itu Kami Dipanggil Semula Untuk Menyerahkan Lesen L Kepada Pegawai JPJ.
Kemudian Kami Disuruh Duduk Menunggu Di Kerusi Di Ruangan Depan.
Selepas Calon Ujian JPJ (Lori) Mendaki Bukit, Kami Dipanggil Mengikut Nombor Giliran Untuk Melakukan Rutin Pemeriksaan Kenderaan (RPK).
Giliran 36 Hingga 52 (Rasanya) Dengan Penguji JPJ Perempuan.
Saya Bermula Dari Bonet Belakang Disebabkan Di Bahagian Depan Ada Calon Lain Sedang Memeriksa Kenderaan.
Kemudian Kami Menunggu Untuk Ujian Dalam Litar.
Untuk Ujian Dalam Litar Untuk Mendaki Dan Menurun Bukit, Kami Dijaga Dan Diadili Oleh Seorang Penguji JPJ Lelaki.
Untuk Ujian Dalam Litar Untuk Parking Sisi, Parking 3 Penjuru, Selekoh S Dan Selekoh Z, Kami Dijaga Dan Diadili Oleh Dua Orang Penguji JPJ Lelaki.
Semasa Sampai Giliran Saya Untuk Mendaki Bukit, Saya Telah Berhenti Terlalu Awal Dan Tayar Kereta Tidak Masuk Ke Dalam Garisan Kuning.
Saya Diberi Dua Kali Peluang Dan Nampaknya Kali Kedua Juga Begitu, Saya Berhenti Terlalu Awal.
Jadi Secara Automatiknya Saya Telah Gagal Dalam Ujian Litar.
Jadi Saya Perlu Tunggu Untuk Ujian Jalan Raya Pula.
Ketika Tiba Giliran Saya Untuk Ujian Jalan Raya, Saya Telah Melakukan Rutin Sebelum Memandu (RSM).
Dan Penguji JPJ Perempuan Telah Memberitahu Untuk Jalan Ke Laluan C (Laluan Roundabout).
Saya Pun Mula Memandu Hingga Nak Masuk Ke Selekoh Ke Jalan Raya.
Ketika Itu Saya Dari Kiri Dan Dah Beri Signal Ke Kanan Untuk Ke Laluan Tengah.
Tapi Mungkin Disebabkan Saya Terkhilaf, Saya Tak Perasan Ada Motor Di Laluan Itu.
Saya Dah Pandang Cermin Sisi Dan Cermin Belakang Tapi Saya Tak Toleh Untuk Titik Buta (Blind Spot).
Jadi Penguji Telah Suruh Saya Memberhentikan Kereta Ke Laluan Tepi Dan Secara Automatiknya Saya Gagal Juga Untuk Ujian Jalan Raya.
Sampai Sahaja Ke Institut Memandu, Saya Booking Semula Untuk Ujian JPJ Seterusnya Iaitu RM13.80.
Dan Calon Yang Gagal Juga Kena Bayar RM100.
Dan Kalau Seandainya Mahu Menambah Jam Dengan Cikgu Memandu, Saya Perlu Membayar Sebanyak RM35/Jam.
Harap Ujian Seterusnya Nanti Saya Akan Lulus.
In Shaa Allah.
No comments:
Post a Comment